PELAKON dan usahawan, Puteri Sarah Liyana telah berkongsi berita sedih berikutan pemergian nenek tersayang, Azizah Bee Ghows Khan, semalam.
"DariNYA kita datang.. KepadaNYA kita kembali. Buat nenek saya, Azizah Bee binti Ghows Khan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah," tulisnya.
Rata-rata pengikut Instagram isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusuf itu turut menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan neneknya.
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah...
Salam Takziah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...
Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...🤲🤲🤲🤲